Aku kena berubah

Maaf kiranya aku bukan seperti dahulu..maaf kiranya aku berbeda dengan apa yang kamu kenali..maaf kiranya hatiku cuba melupakanmu..
Maaf aku telah cuba melihatmu dari jauh sebagai teman..tapi hatiku tetap mendustai fikiran ku..
Aku tahu tiada tempat untukku dihati mu...aku sedar jurang antara kita..aku tak pernah lupa siapa diriku dan siapa dirimu..
Tapi cubalah memahami bahawa hatiku tak pernah seiring dengan akal ku...
Maaf kiranya aku tersalah..tersalah kerana mencintaimu..maafkan aku kerana aku tahu..aku bukan siapa-siapa bagimu..

Tapi jangan kau takut denganku..jangan kau salah sangka denganku..jangan kau cemari rasa ikhlas dan suci hatiku..kerana aku tak akan sesekali meminta apa-apa pun darimu kecuali agar kau mementingkan kebahagianmu...jadi janganlah kau menjauhkan diri dengan anggapan yang bukan-bukan...

Aku kena berubah..aku akan berubah..aku harus berubah..demi kebahagian aku..dan kamu...

No comments: