Mencari kenangan..

Semalam aku ke Tanjung Tualang, Perak kerana ada urusan merisik dan bertunang bagi pihak abang sepupu aku. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. On the way balik, aku dan mama singgah di Batu Gajah. Mulanya niat hendak melawat ibu saudara mama sahaja tapi sewaktu kami singgah di Masjid Batu 8 untuk menunaikan solat Asar, mama tergerak hati untuk mencari saudara mara yang masih tinggal di kawasan masjid tersebut. Aku dan mama pun mencari orang untuk bertanya. Tuah dan rahmat Allah swt. di pihak kami pada hari itu kerana penduduk kampung disitu ramai yang mengenali saudara mara mama yang masih tinggal disitu.

Aku diberitahu oleh sepupu mama yang tinggal disitu bahawa penduduk sepanjangLorong Anjang Ibrahim merupakan saudara mara aku dan lorong tersebut diberi nama sempena arwah moyang kami iaitu Anjang Ibrahim. Nasib aku bertuah pada hari itu kerana aku dapat bertemu dengan moyang saudara ku yang digelar Wan Chor buat kali pertama. Nama moyang saudara ku ini sering ku dengar dalam cerita dan kisah-kisah remaja arwah nenekku dulu.

Arwah nenekku dulu gemar bercerita tentang kisahnya sewaktu muda. Dari kisahnya dipukul dengan kayu api oleh emak tirinya kerana tidak menjaga adik yang kecil, menconteng muka dan melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumah semasa askar Jepun masuk kampung, kehilangan adik tersayang, perpindahan keluar dari Batu 8 selepas berkahwin dengan arwah datukku, sehinggalah kisah beliau terserempak mahkluk Allah swt. ketika keluar memotong getah.

Mama menyuruh aku berjalan terus mengikut Lorong Anjang Ibrahim sehinggalah aku bertemu sebuah rumah dihujung jalan. Kata mama, "itulah rumah arwah opah dulu."


Sebak dan pilu melanda jiwa aku bila melihat rumah ini dan kawasan sekitarnya. Air mata perlahan mengalir ke pipi. Hanya satu yang terbayang dimata aku ketika itu. Wajah arwah opah yang sentiasa tenang dan lembut. Semua kisah yang diceritakan oleh arwah nenekku menjadi benar ketika itu dan aku seakan-akan mampu membayangkan apa yang diceritakan oleh arwah nenekku sebelum ini.


Aku tidak lama disitu kerana masih ada lagi rumah yang perlu aku dan mama singgah. Aku puas kerana akhirnya aku mampu melihat bangunan yang amat bersejarah bagi keluarga aku kerana disitulah lahirnya insan yang melahirkan, membesarkan dan mendidik ibuku. Aku bersyukur atas rahmat Allah swt. yang Esa.

Al- Fatihah buat arwah datuk, nenakdan saudara maraku yang telah kembali bertemu Yang Esa. Semoga Allah swt. merahmati roh-roh mereka.

Sakitnya di hari raya..

..raya sepatutnya membawa kegembiraan, keceriaan dan perpaduan antara sanak saudara, jiran tetangga dan kaum2 yang berlainan. Namun raya kali ini menimbulkan kebencian yang teramat dalam bagi diri aku.

Kisahnya bermula hanya disebabkan tanah sekangkang kera milik arwah nenek aku yang sejak awalnya dulu ingin dijual oleh ayah - ayah saudara aku yang bodoh sombong. Semasa awalnya tanah tu tak ader saper2 pun yang kecoh nak kuarkan duit utk bayar hasil tanah yg tertunggak bertahun dan tak der pun yang berbesar hati utk kuarkan duit agar geran tanah tersebut dapat diambil dari pejabat tanah. Terpaksalah arwah nenek aku yang lumpuh tu pergi jumpa dgn mak aku dan mintak tolong. Biarpun mak aku tak lah begitu berada, namun disebabkan mak aku nie thrifty skit maka dapatlah mak aku melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh abang2 beliau. Namun masa mak aku nak bayar duit tu, nama mak aku yang tercatat pada resit dan tanpa bertanya apa2, kemungkinan besar pegawai yang bertugas ketika itu meletakkan nama mak aku sebagai penama kedua bagi geran tanah tersebut. maka secara tak langsungnya, mak aku ajelah yang berhak keatas tanah tu kalau mengikut undang2 Malaysia. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, mak aku langsung tak tahu pasal dirinya sebagai penama kedua dlm geran tanah tu dan mak aku tak pernah ambil pusing pasal tanah itu lagi selepas geran yang mak aku pegang tu mak aku serahkan kepada kakaknya yang sulung. Namun ada perkara yang berlaku baru2 nie yang menyebabkan makcik dan pakcik aku yang sebelum nie bergaduh, membincangkan soal tanah tersebut dan mak aku pun suruhlah pakcik aku nie gi check kat pejabat tanah. Sesudah pakcik aku check..dia langsung tak ckp ttg penama kedua tu kepada mak aku...seolah-olah tak ader aper2 yang berlaku.

Dipagi raya pertama, mak aku pun segerala bersiap utk menyediakan juadah raya. Disebabkan tahun ini ayah aku dapat beraya bersama maka persiapan pagi itu lebih meriah berbanding hari2 raya yang lain. Pagi tu, mak aku suruhlah aku masak kari daging kambing dan nasi sebab abangnya selalu datang di hari raya pertama. Mak aku punyalah excited mengenangkan abangnya yang selalu datang beraya sampai nak gi tgk nenek aku pun mak aku dah slow skit.. akhirnya aku offer diri utk melayan tetamu so mak aku leh g beraya dgn ayah aku dulu kat umah nenek. tapi tunggu punya tunggu sampai malam pakcik aku tak datang2. Punyalah innocent dan sayangnya mak aku dekat abang dier, raya kedua tu di packed pulak daging kambing utk dibawa ke rumah mak jang aku sebab rumah abang mak aku tu dkt dgn rumah mak jang aku..Walaupun dekat rumah mereka, tapi mak jang aku sangat berkecil hati dgn perangai pakcik aku yang langsung tak ambil berat pasal adiknya. mak jang aku orang susah dah lebih menyusahkan lagi sebab mak jang aku pernah berkahwin dengan lelaki yang tak bertanggungjawab dan bertopengkan Islam. pakcik aku asyik marahkan mak jang aku sebab bercerai dengan lelaki tu tapi diorg tak pernah nak jaga mak jang aku selepas dia ditinggalkan lelaki tu..betul kata mak aku..diorang mmg abang yang tak bertanggungjawab. Kembali kepada perkara asal yang menyakitkan hati aku tu, dihari raya kedua waktu aku sampai di rumah mak jang, yg ada disitu hanyalah mak jang dan paksu aku. sesudah aku, mak dan abah menghilangkan penat, paksu aku pun bertanyalah ttg perkara diatas kepada mak aku. Waktu tu mak jang aku pun ada bersama. Rupa2nya pakcik2 aku nie bacul dan dayus kerana bercakap dibelakang mak aku. Langsung tak berani nak bertanya perkara sebenarnya. Mak aku boleh terima apabila diorg cakap yang mak aku nak bolot tanah tu sorang2. Tapi mak aku amat marah biler aku dibabitkan sekali, kononnya bila mak aku dah tak ada nanti tanah tu akan straight jadi milik aku. Aku gelak besar biler paksu aku citer dkt mak aku camtu. Aper taknya..kalau setakat tanah untuk buat tapak rumah yang kecik ajer tu, tak teringin aku. Aku dah ader tanah yang memang abah aku beli khas utk aku bahkan tanah tu berkali2 ganda lebih luas berbanding tanah yang diorg rebutkan tu. Utk memuaskan hati mak aku suruh paksu aku ckp dkt diorg yg kalau dah macam tu keadaannya, jual ajer tanah tu tapi selepas nie mak aku tak akan amik tahu tentang diorg lagi. Aku tak berapa setuju biler mak aku nak jualkan tanah tu dan ikut aper yang pakcik2 aku yang bangang tu nak buat. Tanah tu satu2nya harta yang arwah nenek aku tinggalkan utk anak2 dier. dah la tanah yang dekat sungai tu pun dah diorg jual. Aper yang aku tahu, kalau diorg nak jual tanah nie, setiap sorang cuma akan dpt lebih kurang seribu jer.. Tapi aku punya pak cik2 yang bodoh sombong dan tamak...seribu pun diorg nampak besar...sedangkan aku boleh habiskan seribu tu dlm masa sejam jer..tapi nak buat mcm mana....Maka aku cuma boleh tgk jer the only harta yang menandakan usaha keras arwah nenek dan arwah datuk aku digadai mereka. Mereka bernasib baik kerana mak aku lembut hati. Kalau aku yang berada di posisi mak aku..mampuslah aper korang nak ckp. Tanah tu atas nama aku..kalau aku tak nak jual korang nak wat aper..Cuma satu jer yang aku nak pakcik2 aku tu ingat..diorg dah nak menjelang senja..dan diorg tak ader tempat utk berteduh kalau tanah tu dijual..jangan ikut orang sebab orang tu dah ada tempat tinggal sendiri utk berlindung kalau2 bencana menimpa..Aku tinggalkan perkara ini dengan tanda tanya dalam diri aku...KENAPA ORANG MELAYU SENANG GADAIKAN HARTA PUSAKA...DEMI KEJAR KEMEWAHAN SEMENTARA..?