Ini adalah Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Masjid ini terletak diluar kawasan Taman Tamadun Islam Antarabangsa, Kuala Terengganu. Masjid ini unik kerana bukan sahaja dibina dalam keadaan terapung diatas air malahan menara dan kubahnya di hias dengan kaca untuk menimbulkan imej kristal bagi masjid ini. Masjid ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Bersebelahan masjid ini adalah bangunan Dewan Perbincangan yang dibina berasaskan reka bentuk masjid, namun maafkan saya kerana saya tidak dapat mengingati nama masjid tersebut.
Lawatan saya ke Taman Tamadun Islam Antarabangsa amat memuaskan hati saya biarpun terdapat beberapa bangunan yang masih dalam proses pembinaan dan penstrukturan. Di taman ini, saya mendapat peluang melihat dengan lebih dekat lagi replika masjid-masjid terkenal di dunia Islam yang dibina kembali dengan menggunakan tenaga anak watan. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang menonton teater berkenaan Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa di dalam salah satu replika masjid tersebut. Mungkin apa yang saya ceritakan ini tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar di taman tersebut. Namun saya harapkan gambar-gambar dibawah dapat menerangkan lagi situasi di taman tersebut. Bayaran masuk yang dikenakan adalah berpatutan dengan ilmu yang diperolehi ketika berada di dalam taman tersebut iaitu RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.
TAMAN TAMADUN ISLAM ANTARABANGSA, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA
Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Taj Mahal, Agra , India
Suleyman Mosque, Turkey
The Palace of Al Hambra, Granada, Spain
Kubbah As-Sakhrah,Jerusalem
Kalyan Minaret, Uzbekistan
Masjid Badshahi, Pakistan
Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
Aleppo Citadel, Syria
Nabawi Mosque, Madinah, Arab Saudi
Great Mosque of Qairawan, Tunisia
Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
Great Mosque of Samarra, Iraq
Great mosque of Agadez, Niger
No comments:
Post a Comment